MAKLUMAT TERKINI

BERITA BAIK !!!
JIKA MENDAFTAR AHLI
MELALUI KAMI, ANDA BERPELUANG
MENDAPAT BLOG PERNIAGAAN DCL
PERCUMA...PERCUMA..


SEMINAR CANTIK WAJAH &
BAGAIMANA MAHU JADI KAYA
PADA 12 JULAI 2009
OLEH YH DATUK NOORAZLINA-PENGASAS 2 DCL
PN SHARIFAH RASHIDAH
PERUNDING IMEJ DCL
YURAN RM80
TERBUKA KEPADA LELAKI & WANITA


SEMINAR FOLLOW-UP B.D.S
OLEH DUTA JUTAWAN CA KAMARULZAMAN
PADA 19 JULAI 2009
DI SAFIRA CLUB 8PG-5PTG
YURAN RM80

Wednesday, June 16, 2010

LAMAN UTAMA


KENALI PENGASAS DCL...
Dato Stapa lahirkan Jutawan Melayu
MASA yang beredar pasti tidak terasa sepanjang perbualan dengan lelaki bertubuh 'slim' dan tinggi ini kerana kepetahannya bercakap mampu menaikkan semangat pendengar, sesuai dengan kepakarannya sebagai perunding motivasi.
Gayanya bercakap dengan nada suara yang mengikut kepentingan subjek yang ingin diperkatakan dan keyakinan diri tinggi yang dilihat jelas pada dirinya, cukup mengkagumkan.

Bagaimanapun, Stapa Omar bukan hanya ingin 'menjual' kepakarannya memotivasikan orang ramai, sebaliknya berkongsi peluang perniagaan bagi memajukan ummah supaya orang Melayu boleh berbangga dengan kemampuan ekonominya di negara sendiri.

"Apa yang saya ada hari ini bukan datang bergolek. Saya mungkin memiliki rangkaian syarikat dan bangunan perniagaan sendiri, mendiami rumah selesa dan memandu kenderaan mewah, tetapi saya sentiasa berpijak di bumi nyata.

"Rezeki melimpah dikurniakan Allah SWT dan kemewahan hidup hari ini tidak pernah melupakan saya mengenai perjuangan asal untuk membangunkan diri dan keluarga serta ummah keseluruhannya.

"Segala yang ada ini bukan hadir sehari dua. Ia menuntut pengorbanan dan komitmen tinggi untuk berjaya. Pengalaman ini yang saya ingin berkongsi dan membantu seramai mungkin Bumiputera untuk berjaya bersama saya," katanya.
Mengimbau zaman sukar dalam hidupnya, Stapa yang mengasas dan menerajui De Classic Life (M) Sdn Bhd (DCL), syarikat jualan langsung (MLM) milik penuh Bumiputera antara yang terbesar di negara ini, berkata dia menjadi 'ahli perniagaan' sebelum memasuki alam persekolahan rendah lagi.

"Bermula dengan menolong arwah nenek menjual kuih di sekeliling kampung dengan upah antara 10 hingga 20 sen, saya mengikuti arwah ibu (Cik Wan Teh Othman) setiap kali cuti sekolah memasuki kawasan estet untuk menjual kuih dan kain batik.

"Kadangkala kami bergerak dari satu estet ke estet lain dan hanya pulang ke rumah dua atau tiga hari kemudian. Ketika itu, kami tidur di merata-rata, dengan tempat ibu menjaja menjadi lokasi utama melelapkan mata secara bergilir-gilir antara saya dan ibu," katanya.

Stapa berkata, makan sekali sehari dan ubi kayu menggantikan nasi adalah perkara biasa ketika zaman kanak-kanak dan remajanya.

"Kalau boleh tumpang tengok televisyen di rumah wakil rakyat atau restoran ketika itu cukup seronok.

"Ketika itu arwah ayah saya (Omar Abdullah) bekerja kampung dengan menanam sayur dan menjadi nelayan. Bukan untuk dijual, tetapi sekadar untuk makanan sendiri.

"Saya tidak menyalahkan ibu bapa apabila ditimpa kesusahan ketika zaman kanak-kanak kerana mereka tiada peluang (untuk memperbaiki kehidupan), sebaliknya kesusahan itu membangkitkan semangat saya untuk keluar dari kepompong kemiskinan," katanya.

Berikutan minat mendalam di bidang perniagaan, Stapa memasuki Open University of Malaysia di Johor sebelum mengambil Sarjana Motivasi di universiti sama.

"Ketika itu saya belajar sambil bekerja. Pada waktu malam pula saya belajar muzik kerana turut mempunyai minat mendalam dalam bidang itu.

"Hujung bulan pula saya akan ke Singapura untuk membeli barangan terpakai dan ke Thailand membeli barangan kulit untuk dijual kepada pekerja ladang sekitar Johor dan Felda Gugusan Tun Razak.

"Ia meletihkan, tetapi seronok. Ini kerana sudah terpahat dalam kepala yang satu hari nanti saya akan menjadi ahli korporat dan motivator," katanya yang memulakan DCL pada 1998 dengan modal sebanyak RM400,000.

Stapa berkata, wang pelaburan itu adalah hasil simpanan beliau sepanjang bekerja dengan beberapa syarikat di Sabah dan Kuala Lumpur.

"Ketika itu zaman kegawatan. Ramai tidak yakin dengan keputusan saya dan isteri untuk memulakan DCL. Bagaimanapun, kami nekad dan saya percaya kami akan berjaya dengan syarat perlu korbankan apa saja, masa, tenaga dan harta benda.

"Tidur dalam kereta di tepi jalan beberapa tahun awal penubuhan syarikat ini adalah biasa bagi kami suami isteri dan seperti diduga, cabaran silih berganti," katanya.

Bagaimanapun, beliau berpegang kepada prinsip 'orang berjaya mencari cara, orang gagal mencari alasan'. Perjuangan diteruskan untuk meletakkan DCL di pasaran global dan antara syarikat paling berjaya di negara ini.

"Syukur kepada Allah kerana DCL berjaya melepasi ujian getir dan kini di tahun kesembilan beroperasi. Malah, kami juga berjaya menembusi pasaran Brunei, Singapura dan terbaru, Indonesia.

"Tahun lalu kita mencatat penjualan produk tertinggi menerusi rangkaian stokis dan ahli kita dengan jumlah RM36 juta manakala sasaran tahun ini pula RM50 juta. Ahli DCL juga mencapai 50,000 tahun lalu dan terus berkembang hari ini.

"Bagaimanapun, kepuasan paling utama ialah apabila kita berjaya melahirkan ahli jutawan dan mengeluarkan mereka yang dibelenggu kemiskinan kepada kehidupan lebih selesa, sekali gus menepati slogan DCL iaitu 'Membina Ekonomi Ummah Berdikari'," katanya.

Stapa juga bersyukur kerana limpahan rezeki itu membolehkannya mengembangkan perniagaan dengan menubuhkan beberapa rangkaian syarikat daripada kecantikan, fesyen, perunding motivasi, percetakan dan restoran.

Namun, bagi Stapa, perjalanannya masih jauh dan beliau ingin membawa seberapa ramai insan untuk berjaya kerana menjadi visinya untuk melahirkan seberapa ramai jutawan Bumiputera yang termampu.

"Ini kerana saya percaya kepada janji Allah. Sebagaimana firman-Nya yang bermaksud 'Meskipun sebesar zarah kebaikan, tetap akan dibalas', justeru, berjuanglah dengan ikhlas tanpa mengharapkan balasan daripada manusia.

"Saya percaya kepada keikhlasan dalam perniagaan. Kita tidak perlu bersikap hipokrit, membodek dan sebagainya kerana apabila kita ikhlas, pasti Allah akan mengizinkan kejayaan kita," katanya.

Isteri, ibu cetus bara niaga di sebalik kejayaan seorang lelaki, pasti ada seorang wanita dan bagi Stapa, beliau bersyukur kerana dikurniakan isteri, Azlina Che Abdullah, yang bukan saja begitu memahami, tetapi sanggup 'berenang lautan api' bersamanya untuk merealisasikan impian mereka.

"Bukan mudah untuk mendapat pasangan hidup yang berkongsi satu impian dan bersama kita pada saat susah dan senang untuk memberi kekuatan bagi mengharungi pahit getir dunia perniagaan.

"Selain isteri, arwah ibu (Cik Wan Teh Othman) turut memainkan fungsi penting terhadap semangat berniaga dalam diri saya hari ini. Ini kerana sebaik membuka mata di dunia ini, ibu berniaga kuih untuk membesarkan kami 12 beradik.

"Boleh dikatakan arwah ibu adalah tunjang keluarga kerana mencari rezeki untuk kami. Walaupun hanya 'cukup makan', ketabahan dan kecekalan ibu menjadi azimat dalam kehidupan saya hari ini," katanya.

Apabila ditanya rahsia untuk berjaya dalam perniagaan, Stapa memberi beberapa nasihat, tetapi prinsip utama yang harus dipegang seseorang itu adalah bekerja melebihi apa yang perlu dikerjakan.

"Kita tidak boleh bersikap malas dan mengharapkan orang lain. Kita tidak boleh mengharapkan rezeki terpijak, sebaliknya berusaha keras untuk mencapai apa diimpikan," katanya.

Beliau yang bercita-cita untuk membina organisasi kepada orang tua, anak yatim dan orang miskin juga berpesan, kejayaan dalam hidup, terutama kepada ahli perniagaan, ialah keberanian di dalam masing-masing.

"Jangan takut jatuh kerana kita perlu bangun semula. Kita tidak akan jatuh selama-lamanya. Layang-layang tidak akan naik tanpa melawan arus angin, justeru apa saja masalah dan cabaran harus dihadapi dengan tabah," katanya.

PROFIL
NAMA: Stapa Omar
UMUR: 47 tahun
ASAL: Kampung Meraga, Kijal, Kemaman, Terengganu
PENDIDIKAN: Diploma Pengurusan Perniagaan dan Sarjana Motivasi dari Open University of Malaysia
ADIK-BERADIK: Anak bongsu daripada 12 beradik
ISTERI: Azlina Che Abdullah
PENGALAMAN KERJA: Pengurus ladang, pengurus kanan pemasaran, perunding motivasi dan jurulatih perniagaan
PENGALAMAN BERNIAGA: Kontraktor, kedai runcit, restoran, pengedar industri jualan langsung dan ejen insurans
JAWATAN SEKARANG:

Pengerusi Eksekutif De Classic Life (M) Sdn Bhd;
Pengarah Eagle Consultancy;

Pengarah D'Navechee Beauty (M) Sdn Bhd;
Pengarah Urusan SN Publishing Sdn Bhd;

Pengarah Urusan De Classic Manufacturing Sdn Bhd;

Pengarah D'Navechee Butik Sdn Bhd;

Pengarah D'Navechee Global;

Pengarah Nasi Dagang Ulek Mayang;

Pengarah Sinar Ramadhan Enterprise;

Presiden ClubDCL.Com;

Presiden Club D'Navechee

LAMAN KHAS DATO' STAPA...
http://www.datostapa.net/

Thursday, July 23, 2009

program ceramah israk mikraj


tarikh : 23 julai 2009
tempat: masjid jelutong
penceramah : ust bakar

Sunday, June 21, 2009

CARA MENJADI AHLI

STEP 1: SMS / CALL
MAIRAG HJ SAAD : 016-4323101
NORAINI MAT SALLEH : 016-430 4075
ataupun emelkan maklumat anda seperti nama, alamat & tel kepada
yatt1972@gmail.com bagi tujuan pra-pendaftaran

STEP 2: SESI PERTEMUAN
SESI PERTEMUAN AKAN DIADAKAN SETELAH PERSETUJUAN KEDUA-DUA PIHAK.
TARIKH, MASA DAN TEMPAT AKAN DITETAPKAN.
TUJUAN SESI INI ADALAH BAGI MENERANGKAN LEBIH LANJUT BERKENAAN PELUANG-PELUANG YANG ADA DIDALAM PERNIAGAAN DCL.

STEP 3: PENDAFTARAN AHLI
KEAHLIAN CUMA RM50 SEUMUR HIDUP. PELBAGAI KELEBIHAN DITAWARKAN OLEH SYARIKAT KEPADA SESIAPA YANG MENJADI AHLI.

DI ANTARA KELEBIHANNYA:
1. Pembelian barangan DCL dengan diskaun 20-30%. Harga lebih murah. Bagi yang suka menjual akan mendapat untung runcit 20%-30%
2. Semua barangan DCL adalah Halalan Toyyiban. Kualitinya Dijamin
3. Dapat beramal sambil membeli. Pihak syarikat telah mengagihkan 0.25% dari hasil jualan ke Tabung Jihad (khusus untuk anak-anak yatim, ibu tunggal, orang miskin )
4. Tabung Kebajikan Rakan Niaga (TKR)
5. Tabung Kereta
6. Tabung Rumah
7. Tabung Umrah/Pelancongan
8. Sumber pendapatan lumayan.Terbukti DCL telah melahirkan 40 Duta Jutawan dalam masa 11 tahun dan puluhan ribu ahli-ahlinya yang lain telah berjaya meningkatkan taraf ekonomi hidup.

BERITA BAIK !!!!
JIKA ANDA MENDAFTAR AHLI MELALUI KAMI, ANDA BERPELUANG MENDAPAT BLOG PERNIAGAAN SECARA PERCUMA. DESIGN MENURUT PILIHAN ANDA.

SUSAH UNTUK MEMBUAT KEPUTUSAN...SAYA SEDIA MEMBANTU..
Cuma klik...start download dan open......
http://orbitalframe.freezoka.com/Jom%20Join%20DCL%20.pps

Wednesday, June 17, 2009

TESTIMONI PRODUK (sila klik gambar)




PROMOSI BULAN INI

RED GUARA CAFE

Red Guara Cafe dikomposisikan dengan 3 bahan aktif mewah utama yang terdiri daripada Ekstrak Guarana (Paullina cupana), Ubi Bit Merah/Red Beet Root (Beta vulgaris) dan "Yis Beras Merah/Red Yeast Rice" (Monanscus pur purues).

1. GUARANA (Paullina cupana)

Guarana, di mana bijinya berbentuk bulat, kecil, merah dan berkelompok berasal dari Amazon Brazil. Dirujuk sebagai mata oleh dongeng oleh kaum Guaranis.

Kandungan bahan utama:

Nilai perubatan:

  • Guaranina, Hipoxantina, Proantocyonidina, Asid Salisilik, Tannin, Teobronina, Teofillina dan Xantina

Nilai pemakanan:

  • Asid Amino: Leusina, Lisina, Tirosina Metaionina, Triptofana, Valina, Sistina, Alanina, Asid Glutamik, Isoleusina, Arginina dan Glisina

  • Mineral (Galian): Kalium, Fosforus, Kalsium, Zat Besi dan Zink

  • Adenina, Guanina, Kolin, Glukosa, Musil etrametilxantina)

  • Teofillina (1,3 - dimetilxantina)

  • Teofillina (3,7 - dimetilxantina)

    Lain-lain bahan:
  • Sapinin

  • Tannin - Astringent

  • Minyak asli

Bagaimana Guarana membantu:

  1. Meningkatkan bekalan oksigen dalam badan (pernafasan)

    • Saluran pernafasan iaitu bronkiol akan mengembang

    • Lebih banyak oksigen dibawa masuk

    • Lebih oksigen untuk sel-sel badan

    2. Menambah kebolehan mendapatkan tenaga:

    • Menggalakkan penggunaan tenaga simpanan (glikogen) di dalam hati

    • Meningkatkan gula (glukosa) darah yang membekalkan tenaga badan

    • Tenaga untuk sel bertambah

    • Keseluruhannya biomekanisme badan dipertingkatkan/dibaki

    • Menghindarkan atau mengurangkan kepenatan

    • Berguna semasa puasa untuk menahan lapar


Meningkatkan kesan hormon:

Pada sel, guarana menghalang enzim Fosfodiesterase daripada menukar cAmp (Pengantara maklumat ke-2) kepada 5 Amp


    • Ia melengahkan dan meningkatkan kesan pelbagai hormon


    • Ini mengembalikan fungsi fisiologi badan tertentu dan meningkatkan aktiviti badan.

  1. Apa fungsi-fungsi Guarana:
  • Mengatasi kelesuan dan tenaga seksual


  • Membekalkan tenaga berpanjangan

  • Mengatasi dan membantu pencernaan (Diarrhea)

  • Penahan lapar (Membantu menurunkan berat badan)

  • Neuralgia (Sakir urat/saraf) dan kesakitan ringan

  • Memudahkan pernafasan (Boleh membantu asma)

  • Sindrom sebelum datang bulan (PMS)

  • Menguatkan otot jantung

  • Mengurangkan atau menghilangkan demam

  • Mencegah jangkitan

  • Membuang air berlebihan

  • Membantu sakit kepala dan migrain

  • Membantu mencairkan darah

  • Anti oksida

2. RED BEET ROOT / UBI BIT MERAH (Betavulgaris)

Akar ubi bit merah sering digunakan oleh orang-orang cina dan eropah dalam pemakanan harian untuk membekalkan tenaga badan dan untuk kesihatan secara menyeluruh.

  • Mengandungi karbohidrat, protein dan lemak untuk tenaga

  • Mengandungi vitamin seperti: A, B1, B2, B6, B12 dan C untuk membina kesihatan tubuh dan kecantikan kulit

Pigmen merah dlam bit didapati berkesan bertindak sebagai agen anti kanser

  • Mengadungi komponen "Betaine" yang sangat berkesan membantu fungsi hati

  • Asid nukleik dari bit menyubut dan membantu separasi sel

  • Mengandungi Beta-Carotena dan Karotenoid yang merupakan anti-oksida

  • Mengandungi pelbagai galian dan gula asli di mana secara saintifik dapat membantu membina darah dan kesihatan jantung

  • Kaya dengan Kalium, Niasin, Asid Folik, Zink, Magnesium, Fosforus, Kalsium, Sulfur, Fodine, Ferum, Kuprum dan termasuk juga galian yang sukar didapati seperti Rabidum dan Cesium

  • Membantu menyerap nutrien-nutrien yang diperlukan

  • Peransang dan pembersih ginjal

  • Membantu merawat migrain

  • Buang toksik

3. RED YEAST RICE / YIS BERAS MERAH (Monascus purpurues)

Yis Beras Merah telah digunakan oleh orang-orang Cina sejak beratus-ratus tahun dahulu. Beras merah adalah hasil "fermentasi" sejenis Yis Monascus purpurues yang selalunya sering digunakan secara tradisional oleh orang Cina merawat masalah penghadaman, cirit-birit dan sakit perut.

Kajian secara saintifik ke atas Yis Beras Merah didapati berfaedah kerana:

  • Komponen-komponen penyekat HMG-COA reductase berupaya menurunkan kadar jumlah kolestrol. Bagus untuk menurunkan berat badan

  • Ianya juga berkesan menurunkan kadar lemak degil/jahat (Trigliserida)

  • Mengandungi belasan komponen asli yang sama seperti dengan "statin" di mana dewasa ini sangat popular digunakan untuk merawat masalah kolestrol berlebihan (seperti jenama Baycol, Lescol, Lipitor, Meracor dan Pravachol)

  • Melembutkan saluran darah yang keras

  • Membantu proses penghadaman yang sempurna

  • Sakit perut

Cara Pengambilan:

Tuangkan satu paket RED GUARA CAFE ke dalam secawan air panas (159ml-180ml), kacau dan hidangkan.



D-BRAIN & E-BRAIN

D-Brain & E-Brain adalah makanan berfungsi berasaskan homeopati untuk cerdas minda serta membangunkan sel-sel otak. Berasal dari negara Jerman dgn nama Brain Tonic. Penggunaan Brain Tonic sungguh popular di London sekitar tahun 1975.

Produk ini dibawa balik ke Malaysia pada tahun tersebut oleh seorang pakar perubatan Homeopati terkenal tanahair (Profesor Sir Dr. Nik Omar B. Nik Daud) dan dibuat ujian terhadap sepuluh orang pelajar yang terkebelakang di dalam pelajaran. Keistimewaan D-Brain & E-Brain di Malaysia, tablet D-Brain & E-Brain ditambah fungsinya.

Secara asasnya diformulasi berasaskan susu kambing atau susu unta dan glukosa serta gabungan garam tisu. Ia tidak mengandungi bahan-bahan yang boleh memudaratkan tubuh seperti dadah, steriod dan bahan kimia yang boleh memberikan kesan sampingan apabila diambil secara berpanjangan. Ini bermakna ia selamat digunakan walaupun diambil secara berlebihan. Media yang berasaskan susu kambing/susu unta yang digunakan amat berkesan untuk pembinaan tulang, menguatkan otot, meningkatkan fungsi hati dan pembinaan sel-sel darah.

Gabungan garam-garam tisu yang terdapat di dalam D-Brain & E-Brain amat berkesan untuk meningkatkan fungsi sel otak, seterusnya meningkatkan proses pengawalaturan Central Nerve System (CNS). Ia juga dapat meningkatkan sistem imun dan tenaga seks bagi orang dewasa.

Penggunaan garam-garam tisu ini juga amat penting bagi ibu-ibu yang lepas bersalin dan mereka yang telah menjalani pembedahan. Juga amat baik bagi ibu-ibu yang mengalami alahan semasa mengandung/morning sickness.

Kaedah menggunakan D-Brain secara kunyah atau hisap memberikan kesan segera kepada organ sasaran. Ini kerana proses tersebut menyebabkan ia dapat diserap oleh sel-sel saraf di bawah lidah dan dihantar terus ke saraf-saraf yang lain. Bertepatan dengan namanya, penggunaan D-Brain didapati sungguh berkesan di dalam meningkatkan sistem minda anak-anak dan pertumbuhannya seperti berikut:

  • Mencerdaskan minda

  • Menguatkan daya ingatan

  • Menambah daya kreativiti

  • Menambah daya tenaga mental

  • Mewujudkan ketenangan fikiran

  • Mengatasi masalah stress

  • Mengatasi masalah hiperaktif

  • Membantu pertumbuhan prima

  • Mengatasi masalah bertutur/berjalan

  • Meningkatkan selera makan

  • Masalah telinga berbunyi

  • Batuk dan demam

  • Meningkatkan sistem immunisasi tubuh

Cara Pengambilan:

DEWASA / KANAK- KANAK (6-12)

  • 2 tablet D-brain dikunyah/dihisap/dilarutkan

  • 2 atau 3 kali sehari.

KANAK-KANAK (Bawah1 tahun)

  • 1 tablet dilarutkan dengan 1 sudu air hanya menggunakan sudu plastik

  • 2 atau 3 kali sehari